Pelbagai aktiviti seperti mencanting batik, Demonstrasi Sulaman, Anyaman rotan, Demonstrasi Seramik, dan kerja-kerja ukiran kayu diadakan di Dewan Serbaguna PIS dan kawasan sekitarnya.
Turut sama dalam program ini adalah sekolah-sekolah satelit sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Murid-murid sekolah mendapat pendedahan awal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kraftangan.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato Maulizan Bin Ujang dan disaksikan Oleh Pengarah Kraftangan Johor dan Juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS.







