Thursday, 13 September 2012

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF 2012

13.9.12 berlangsungnya program pendidikan Kraf, kerjasama diantara Jabatan rekabentuk Komunikasi Visual Politeknik Ibrahim Sultan dengan sokongan padu daripada Kraftangan Negeri Johor.

Pelbagai aktiviti seperti mencanting batik, Demonstrasi Sulaman, Anyaman rotan, Demonstrasi Seramik, dan kerja-kerja ukiran kayu diadakan di Dewan Serbaguna PIS dan kawasan sekitarnya.

Turut sama dalam program ini adalah sekolah-sekolah satelit sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang.  Murid-murid sekolah mendapat pendedahan awal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kraftangan.








Program ini telah dirasmikan oleh Dato Maulizan Bin Ujang dan disaksikan Oleh Pengarah Kraftangan Johor dan Juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS.

No comments:

Post a Comment